KECEMERLANGAN MALAYSIA DALAM BIDANG TEKNOLOGI

Tuesday, May 3, 2011

Proton Saga
Proton Saga merupakan model pertama syarikat automotif pertama Malaysia iaitu PROTON, berasaskan model Mitsubishi Lancer Fiore. Ia dibangunkan buat pertama kali di Shah Alam pada bulan September 1985Proton Saga ke 100,000 telah dikeluarkan pada Januari 1989. Semasa pelancarannya, kereta Proton Saga pertama telah dihadiahkan kepada Muzium Negara sebagai simbol bermulanya industri automotif negara. Sejak daripada itulah Proton Saga menyumbang sebahagian besar daripada hasil jualan Proton. Varian Saga amat popular di kalangan pemandu teksi kerana harganya yang murah serta kos penyelenggaraan yang rendah.

Generasi pertama
Generasi pertama
Proton Saga AeroBack
PengilangProton
Juga dikenaliProton MPI
Pengeluaran1985–2008
PendahuluProton Saga Aeroback
PenggantiProton Wira
KelasKereta kompak
Stail badanSedan 4 pintu
Hatchback 5 pintu
PlatformFF
Enjin4G13 I4 1.3 L
4G15 I4 1.5 L
Berkait1983 Mitsubishi Lancer
Chery Cowin
Proton Saga telah dilancarkan pada September 1985 oleh Tun Dr. Mahathir bin MohamadPerdana Menteri Malaysia ketika itu. Sebelum model Saga dilancarkan, sebuah pertandingan memilih nama kereta kebangsaan negara yang pertama telah pun diadakan, dan nama model diambil daripada nama yang dipilih oleh pemenang pertandingan tersebut. Pemenang pertandingan tersebut iaitu Ismail Jaafar, seorang tentera bersara memilih nama "Saga" kerana biji saga amat mudah didapati di Malaysia.
Tun Dr. Mahathir juga menggunakan kereta Proton Saga semasa upacara perasmian Jambatan Pulau Pinang pada 14 September 1985. Model terawal Proton Saga ditenagai enjin SOHC 8 injap 4 silinder yang dibekalkan oleh Mitsubishi dengan pilihan model 1.5L dan 1.3L. Varian transmisi automatik hanya boleh didapati pada model 1.5L sahaja. Versi hatchback pula dikeluarkan pada tahun 1987, dikenali dengan nama Proton Knight pada mulanya dan kemudian dikenali sebagai Proton Saga Aeroback.
Proton Saga mula dieksport di United Kingdom pada tahun 1989 dan sejak daripada itulah United Kingdom menjadi penyumbang utama pasaran eksport Proton. Pada tahun 1990 pula, enjin sedia ada dinaiktaraf kepada enjin 12 injap yang menghasilkan kuasa kuda kepada 75 bhp bagi model 1.3L dan 90 bhp pada enjin 1.5L. Selain itu, ciri keselamatan tambahan seperti tali pinggang belakang serta lampu brek ketiga turut dipasang.


Proton Iswara
Pada tahun 1992, model facelift Proton Saga telah dilancarkan dan dinamakan sebagai Proton Saga Iswara, atau Proton Iswara yang dinamakan sempena spesis rama-rama di Sarawak. Model tersebut sangat popular di kalangan pemandu teksi dan ada di antaranya yang diubahsuai sebagai kenderaan gas asli. Di UK, model Iswara pula menggunakan sistem suntikan bahan api dan penukar bermangkin serta dinamakan sebagai Proton MPi.

Penamaan semula
Pada tahun 2001, Proton mengubahsuai sedikit bahagian luaran Iswara untuk menampakkan imej sporty dan model tersebut hanya boleh didapati dalam warna perak sahaja. Pada tahun 2003 pula, Proton sekali lagi mengubahsuai bahagian luaran Iswara dan bahagian dalamannya diberikan reka bentuk baru berinspirasikan model kereta Lotus Elise dengan panel digital yang memuatkan tolok suhu, tolok bahan api serta odometer. Enjinnya juga ditala untuk menaikkan kuasa kudanya kepada 83 bhp. Model tersebut yang hanya didapati dalam pilihan enjin 1.3L dinamakan semula sebagai Proton Saga LMST.
Generasi kedua
Generasi kedua
Proton Saga (second generation) (front), Serdang.jpg
Syarikat indukProton
Juga dikenaliProton Base Line Model (BLM)
PengeluaranJanuari 2008[2]-sekarang
KelasKereta subkompak
Stail badanSedan 4 pintu
Enjin1.3 L Campro I4
1.6 L Campro I4
TransmisiAichi Kikai 5 kelajuan manual, Mitsubishi 4 kelajuan automatik[3]
Tapak roda2465mm
Panjang4257mm
Lebar1680mm
Tinggi1502mm
Muatan bahan api40L
BerkaitProton Savvy
Chery QQ6
Mula diumumkan secara rasmi pada 1 Januari 2008, model Saga yang berasaskan Mitsubishi digantikan dengan pengganti yang direka semula sepenuhnya, dikodkan sebagai Proton BLM (Base Line Model), juga dikenali sebagai Model Gantian Proton Saga, yang terus menggunakan nama Saga. Model generasi terdahulu akan dihentikan pengeluarannya pada Mei 2008.
Kelibat kereta tersebut mula kelihatan seawal pertengahan 2007 semasa ujian di jalan raya Malaysia, dilitupi tengan pita pelekat samaran hitam, sebelum sesi pra-tonton model tersebut mula ditawarkan pada awal 2008, diikuti dengan pelancaran rasminya pada 18 Januari 2008.[  Proton Saga baru ini adalah model Proton paling rendah, dengan harga dalam lingkungan RM31,400 dan RM39,800 semasa pelancarannya.
Seperti generasi pertama Saga, kereta ini merupakan model kereta subkompak sedan 4 pintu dengan reka bentuk konservatif, dan turut mengekalkan sebahagian kecil reka bentuk daripada Proton Saga model tahun 2007 serta Proton Savvy, dan ia dibina berasaskan platform Proton Savvy yang dipanjangkan. Beberapa bahagian pada kerangkanya turut dibina khas bagi meningkat prestasi keselamatan semasa perlanggaran - bahagian zon remuk atau bahagian yang menyerap kebanyakan tenaga semasa perlanggaran. Kereta tersebut digerakkan dengan enjin Campro yang diubahsuai, dilengkapi dengan Modul Masukan Udara Bahan Api (IAFM), serta ditawarkan dengantransmisi manual atau automatik. Terdapat dua pilihan enjin bagi Proton Saga generasi kedua iaitu enjin 1.3 liter dan 1.6 liter.
Menurut seorang jurutera Proton, Proton Saga generasi kedua ini direka bagi membolehkannya ditukar kepada kenderaan gas asli (NGV) tanpa perlu banyak mengorbankan ruang but belakang bagi menempatkan tangki NGV.
Anugerah
Sejak generasi kedua Proton Saga ini dilancarkan pada Januari 2008, model ini telah memenangi 3 anugerah automotif utama. Autocar Asean, edisi Malaysia bagi majalah kereta yang paling lama bertahan dalam sejarah telah menganugerahkan Saga baru sebagai "Pemenang Kategori Sedan / Hatchback Kecil" pada tahun 2008. Tidak lama kemudian, kereta ini dipilih sebagai "Kereta Rakyat Terbaik" oleh Anugerah Industri Asian Auto - VCA 2008. Pada bulan November tahun yang sama, model generasi kedua Saga juga telah memenangi satu lagi anugerah besar dalam bidang automotif di Malaysia apabila diisytiharkan sebagai "Pemenang Kategori Kereta Peringkat Permulaan" semasa Anugerah Kereta Tahunan New Straits Times/ Maybank 2008.




Petronas


JenisSyarikat milik negara
Ditubuhkan17 Ogos 1974
Ibu pejabatMenara Berkembar Petronas diKuala Lumpur,
Bendera Malaysia Malaysia
Orang utamaDato' Shamsul Azhar Abbas, CEO Kumpulan dan Presiden
IndustriMinyak dan gas
ProdukMinyak
Gas asli
Pembuatan Petrokimia
Perkhidmatan perkapalan
Hasil 51.0 bilion USD (2007)
Pendapatan bersih 14.4 bilion USD (2007)
Pekerja33,944 seluruh dunia
Laman webwww.petronas.com.my
Petronas, ringkasan nama bagi Petroliam Nasional Berhad, [1] adalah syarikat minyak dan gas Malaysia sepenuhnya telah ditubuhkan pada 17 Ogos 1974. Dimiliki oleh kerajaan Malaysia sepenuhnya, syarikat ini telah mendapat hak keseluruhan terhadap sumber-sumber minyak dan gas di Malaysia dan diamanahkan dengan tanggungjawab membangunkan dan menambah nilai kepada sumber-sumber tersebut.Fortune Global 500 telah meletakkan Petronas sebagai sebuah syarikat ke-95 terbesar di dunia pada tahun 2008 dan ke-80 terbesar pada tahun 2009. Ia juga meletakkan Petronas sebagai syarikat perbadanan ke-13 paling banyak membuat keuntungan di dunia dan yang paling banyak keuntungan di Asia.[2][3][4]
Semenjak diperbadankan, Petronas sudah membesar menjadi syarikat minyak dan gas dengan kepentingan perniagaan di dalam 31 negara. Sehingga akhir bulan Mac 2005, Kumpullan Petronas mengandungi 103 milik sendiri subsidiari-subsidiari, 19 syarikat kelengkapan-kelengkapan milik sebahagiannya dan yang dipunyai separuhnya dan 57 syarikat bersekutu. Bersama-sama ini, membuatkan Kumpulan Petronas, yang terlibat di dalam pelbagai aktiviti-aktiviti berasaskan minyak dan gas. Majalah Financial Times telah mengenal pasti Petronas sebagai satu daripada " "seven sisters" yang baru":[5] syarikat minyak dan gas milik kerajaan yang paling berpengaruh di luar OECD.
Kumpulan ini tertumpu kepada satu spektrum aktiviti petroleum yang luas, termasuklah eksplorasi huluan dan penghasilan minyak dan gas kepada hiliran penapisan minyak; pemasaran dan pengagihan produk petroleum; perdagangan; pemprosesan gas dan pencecairan; operasi rangkaian penghantaran gas talian paip ; pemasaran gas cecair semulajadi; pengilangan dan pemasaran petrokimia; perkapalan;kejuruteraan automotif; dan pelaburan hartanah.
Menara Berkembar Petronas telah dibuka secara rasminya pada Hari Kemerdekaan Malaysia ke-42, Ogos 31, 1998 - dalam perayaan hari ulang tahun syarikat ke-24.

Sejarah
Pada 1 Oktober 1974, dengan termaktubnya Akta Kemajuan Petroleum, Petronas telah diberi hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan di dalam mengendali dan memajukan sumber petroleum di Malaysia. Individu yang bertanggungjawab mengasaskan Petronas ialah Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang ketika itu terpengaruh dengan kejayaan syarikat minyak milik Indonesia iaitu Pertamina.[6]
Sebelum 1974, operasi petroleum di Malaysia dijalankan oleh syarikat minyak multinasional menerusi sistem konsesi untuk mencarigali petroleum di perairan Sarawak, Sabah dan Terengganu. Antara syarikat-syarikat carigali minyak yang memegang konsesi ialah Shell dan ExxonMobil. Kilang penapisan minyak Shell di Port Dickson dibuka pada tahun 1962. Ketika itu minyak dibeli dari luar negara.
Tengku Razaleigh Hamzah
Raja Mohar bin Raja Badiozaman
Penubuhan perbadanan minyak negara merupakan titik tolak kepada kawalan dan penglibatan negara yang lebih dalam industri petroleum. Antara pengerusi Petronas ialah Raja Mohar bin Raja Badiozaman.
Minyak mula dijumpai di Miri terutama oleh orang Melayu dan Iban di daerah Baram.
Sejarah penemuan petroleum
Sejarah minyak di Malaysia bermula dalam abad ke-19. Rakyat Bumiputera di Sabah dan Sarawak telah menyedari wujudnya serapan minyak atau 'minyak tanah' seperti dikenali di setengah-setengah tempat terutamanya di sekitar kampung Miri.
§  Julai 1882, Residen British di daerah Baram telah mencatatkan adanya penemuan minyak. Beliau mencatatkan penduduk Melayu tempatan menggunakan minyak untuk tujuan perubatan dan untuk menghidupkan lampu minyak dan juga sebagai campuran damar untuk menampal perahu.
§  1909, syarikat minyak Anglo-Saxon iaitu syarikat asal kepada syarikat Sarawak Shell Berhad hari ini telah diberi hak untuk mengeksploitasi sumberpetroleum yang terdapat di seluruh Sarawak.
§  Ogos 1910, Minyak dijumpai di Kampung Miri. Pada mulanya, sebanyak 8 tong minyak sehari telah dikeluarkan. Miri dapat dikatakan sebagai tapak bermulanya industri petroleum secara komersial di Malaysia.
§  1929, pengeluaran 29000 tong sehari. Carigali minyak tertumpu di daratan bandar Miri sahaja.
§  Tahun 1941-1945, telaga minyak Miri rosak teruk. Pengeluaran gagal dijalankan dan terpaksa ditutup pada Oktober 1972 sehingga ke hari ini.
§  1968, telaga minyak luar pantai yang pertama, West Lutong memulakan pengeluaran. 4000 tong minyak sehari dikeluarkan pada tahun 1968. 4 medan minyak telah diusahakan.

Sejarah petroleum di Sabah
§  1885, Data geologi tanah telah diambil dan menunjukkan adanya potensi petroleum di dasar lautan.
§  1905, Syarikat Eksplorasi British Borneo diberi hak istimewa untuk mengeluarkan segala hasil bumi di Sabah. Walaupun ada penemuan kesan-kesan minyak, tidak ditemui takungan minyak yang boleh dikeluarkan secara besar-besaran.
Mata gerudi yang digunakan bagi melombong minyak.
Sejarah petroleum di Semenanjung
Minyak turut digunakan untuk campuran membuat damar menampal sampan yang bocor Di Terengganu Penduduk kampung menggunakan 'minyak tanah' sebagai minyak panas terutama untuk mengurut bahagian luar yang sakit dan terseliuh. 'Semburan gas minyak' pernah dilaporkan di Bagan Datoh, Perak.
Sebelum 1950-an Jabatan Geologi tidak mendapati minyak terdapat di bahagian daratan Semenanjung Malaysia.
§  1950-an, Kajian eksplorasi mula di lakukan di luar pantai Terengganu. Penemuan minyak di Seria, Brunei mengukuhkan pendapat bahawa minyak memang terdapat di luar pantai Semenanjung Malaysia.
§  1954, Kajian seismik marin pertama dibuat di Sarawak.
Sebab penubuhan Petronas
§  1973 ialah Tahun Larangan Eksport Minyak OPEC .Krisis minyak 1973 menyedarkan kerajaan betapa perlunya mengawal sebuah industri yang mempunyai kepentingan ekonomi.
§  1973 Sejumlah 19 buah medan minyak ditemui di perairan Malaysia. 90,000 tong minyak sehari dikeluarkan.
Peranan petroleum
§  Petroleum merupakan sumber tukaran wang asing kepada negara.
§  Petroleum merupakan daya penggerak kepada pembangunan negara
§  Minyak menjadi nadi kepada pembangunan kawasan setempat seperti di Miri, Sarawak, Kerteh di Terengganu dan Port Dickson diNegeri Sembilan.
§  Teknologi dan kepakaran berkaitan petroleum telah dapat dipindahkan ke Malaysia hasil kerjasama dengan syarikat multi nasional dari Belanda, Britain dan Amerika.
§  Peluang pekerjaan yang membabitkan jutaan penduduk Malaysia telah dapat diwujudkan.
Prestasi Petronas
Petronas meraih keuntungan sebelum cukai RM76.3 bilion dalam tahun kewangan berakhir 31 Mac 2007, peningkatan kira-kira 10 peratus daripada RM69.4 bilion pada tahun kewangan sebelumnya. Keuntungan itu diraih daripada pendapatan berjumlah RM184.1 bilion, juga meningkat 10 peratus daripada RM167.4 bilion pada tahun kewangan sebelumnya, dengan operasi antarabangsa, tidak termasuk pendapatan eksportnya, menyumbang RM67.6 bilion atau kira-kira 40 peratus.
Sumbangan operasi antarabangsa Petronas meningkat 19.4 peratus daripada RM56.6 bilion pada tahun kewangan sebelum ini, sekali gus menunjukkan kehadirannya yang lebih kukuh dalam industri minyak dan gas dunia. Selepas ditolak cukai dan kepentingan minoriti, keuntungan bersih syarikat minyak negara itu adalah RM46.4 bilion, peningkatan 7.7 peratus daripada RM43.1 bilion.Dengan pencapaian itu, jumlah pembayaran Petronas kepada kerajaan dalam tahun kewangan dikaji meningkat kepada RM48.3 bilion daripada RM41.7 bilion pada tahun kewangan sebelumnya, mewakili 35.4 peratus daripada pendapatan keseluruhan Kerajaan Persekutuan.
Ia adalah dalam bentuk cukai (RM21.8 bilion), dividen (RM16 bilion), royalti (RM8.5 bilion) dan duti eksport (RM2 bilion). Ini menjadikan jumlah pembayarannya kepada kerajaan sejak penubuhannya 33 tahun lalu sebanyak RM336 bilion. Nilai aset Petronas juga terus mengukuh kepada RM294.6 bilion, sementara dana pemegang sahamnya berkembang kepada RM170.9 bilion.









Syarikat ke-8 Teruntung Di Dunia
Menurut akhbar Malaysia, Berita Harian bertarikh 11 Julai 2008 yang memetik bahawa PETRONAS berada pada kedudukan kelapan syarikat paling untung di dunia tahun lalu dalam senarai Fortune Global 500 majalah perniagaan Fortune. Manakala di Asia pula, ia muncul syarikat paling untung, mengambil tempat pengeluar kereta terbesar dunia, Toyota Motor dari Jepun, yang mendahului senarai itu pada 2006.[7]
Penajaan Petronas
Demi mengukuhkan namanya di persada antarabangsa, Petronas telah menaja pelbagai bidang. Di antaranya adalah di dalam bidang perlumbaan kereta di mana Petronas telah memberikan US$3 juta kepada pasukan Sauber yang diketuai oleh Peter Sauber.[8]
Petronas Gas Sdn. Bhd.
Petronas Gas Bhd. (Petronas Gas) mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM345.464 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Disember 2007, meningkat dari RM333.814 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.
Petronas Gas dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, keuntungan sebelum cukai yang tinggi itu adalah hasil daripada kos yang rendah
F2

0 comments:

Post a Comment