Kebudayaan Malaysia

Monday, May 9, 2011

Kebudayaan Malaysia
Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Melayu merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada populasi Malaysia. Melayu adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting dalam arena politik di Malaysia. Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat semenanjung. Kebanyakan kaum Cina beragama Buddha, Taoisme atau Kristian, berbahasa Mandarin,Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi. India pula membentuk 7.5% daripada populasi. Kebanyakannya beragamaHindu, bertutur Tamil, Malayalam, dan Hindi. Selain itu, terdapat juga kaum Sikh, Serani atau Eurasian dan kaum bumiputera lain. Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi Malaysia, tetapi Bahasa Inggeris digunakan secara meluas.
Kaum Bumiputera yang terbesar di Sarawak ialah Iban dengan 600,000 orang. Mereka tinggal di rumah panjang, dan menetap di sepanjang Sungai Rajang dan Sungai Lupar. Orang Bidayuh pula seramai 170,000 oarng tinggal di barat daya Sarawak. Orang Asli (140,000) tinggal di Semenanjung Malaysia. Dahulunya mereka merupakan pengumpul hasil hutan, hidup berpindah-randah, dan bercucuk tanam, tetapi kini sudah diserap ke dalam kehidupan moden Malaysia. Walaubagaimanapun, mereka kekal sebagai kumpulan etnik yang mempunyai pendapatan terendah berbanding kumpulan etnik yang lain. Kemungkinannya ini disebabkan sistem ekonomi mereka yang tidak bergantung kepada wang tunai, contohnya makanan dan rumah sebahagiannya dihasilkan dari keluaran hutan tanpa perlu dibeli. Bagaimanapun pihak kerajaan menawarkan peluang pelajaran yang samarata dan ada di antara mereka kini menjawat jawatan profesional sepertidoktor.
Muzik Malaysia merangkumi muzik tradisional dan kontemporari yang dimainkan oleh rakyat Malaysia. Muzik tradisional banyak dipengaruhi oleh budaya Cina, Islam, India dan Indonesia. Kebanyakan alat muzik terdiri daripada gendang, seruling, gong dan sebagainya. Negara ini mempunyai tradisi yang kuat dalam tarian, sesetengahnya berasal daripada Thai, India, dan Portugis. Selain itu, ada juga wayang kulit, silat, dan barangan kraf seperti batik, sulaman, dan barangan perak dan tembaga.
Seperti rakyatnya, makanan di Malaysia adalah pelbagai, dari makanan berat seperti nasi lemak hinggalah yang ringan seperti kuih.

Budaya di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, ibu negara yang pelbagai budaya, merupakan pusat acara dan kegiatan kebudayaan Malaysia. Antara pusat-pusat budaya terpenting ialah Muzium Negara Malaysia yang terletak di sepanjang Lebuhraya Mahameru. Muzium Negara menawarkan pelbagai jenis koleksi seperti artifak dan lukisan yang dikumpul dari seluruh pelosok negara. Muzium ini melambangkan kekayaan warisan dan sejarah kebudayaan negara.
Satu lagi tempat penghargaan seni ialah Dewan Filharmonik Kuala Lumpur. Dewan konsert klasik ini menampilkan pentas berbentuk kotak kasut yang dilengkapi kemudahan terkini serta rekabentuk canggih dan tempat duduk yang selesa. Dewan ini dijadikan ibu pejabat Orkestra Filharmonik Malaysia (Malaysian Philharmonic Orchestra, MPO) yang menampilkan barisan pemuzik antarabangsa yang mengagumkan, mempersembahkan konsert semasa, konsert chamber dan persembahan tradisi kebudayaan.
Satu lagi kebanggaan Malaysia, Istana Budaya merupakan salah satu daripada sepuluh tempat teater paling tercanggih di dunia. Teater ini merupakan yang pertama di Asia bagi memasang kelengkapan canggih yang setanding dengan Dewan Albert Diraja di London. Apabila bersiar dalam dewan, pengunjung dapat menikmati warisan budaya Malaysia. Bangunan teater dihiasi dengan ukiran kayu berbentuk bunga dan daun serta marmar Langkawi. Galeri Seni Petronas, pusat pameran seni halus yang elegan dari seluruh dunia, terletak di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC). Platform Ruangan Eksperimental (Experimental Space) dalam galeri tersebut bertujuan meningkatkan inovasi dan eksperimentasi seni. Galeri Seni Negara juga menjadi landasan menunjukkan koleksi seni yang menonjol dan untuk menyemai kesedaran seni di kalangan masyarakat.
Pentas Seni KL (the Kuala Lumpur Performing Arts Centre, KLPac) di Sentul West juga adalah pusat penting untuk seni persembahan, khususnya teater dan muzik (pusat ini juga membolehkan perembahan filem). Pusat ini menempatkan terbitan tempatan yang mengagumkan dan sekian lama menjadi penyokong utama seniman persembahan bebas dari temaptan dan serantau. Antara acara-acara utamanya ialah pesta muzik "KL Sing Song 2006" yang menampilkan penyanyi-penggubah Malaysia dari pelbagai latar kebudayaan, dari Semenanjung dan Malaysia Timur, melalui dua hari persembahan dan bengkel mengasah bakat. Pesta ini adalah sebuah acara penting dalam KL Festival pertama pada tahun 2006.

Baba dan Nyonya

Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu(kini sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka. Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru,[1] dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba". Dari segi anutan, kebanyakannya masih mengekalkan agama tradisional Cina dan Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Kristian yang amat popular di kalangan remaja.
Kebanyakan pendatang Cina yang terawal sekali berhijrah ke Tanah Melayu adalah daripada kelompok Hokkien. Oleh itu, kebanyakan orang Baba juga adalah Hokkien dan mereka yang berasal daripada keturunan Hokkien masih menganggap diri mereka sebagai orang Hokkien meskipun kebanyakannya tidak pandai bertutur dalam loghat Hokkien. Ada juga orang Baba yang berasal daripada keturunan Kantonis, Hakka, dan lain-lain.
Budaya Baba berasal dari Melaka tetapi apabila Pulau Pinang dan Singapura berkembang dan dimajukan, banyak juga di antara mereka yang berpindah ke kedua-dua negeri ini, terutamanya Singapura. Kaum Baba yang wujud pada hari ini bertutur dalam bahasa Baba iaitu sejenis dialek Melayu yang dapat difahami oleh kebanyakan orang Melayu. Cara masakan mereka kebanyakannya diresapi oleh cara masakan Melayu dan adalah menjadi satu kebiasaan bagi mereka makan dengan menggunakan tangan sebagaimana juga orang-orang Melayu. Generasi Nyonya (Baba perempuan) yang terdahulu masih memakai pakaian kebaya dan kain sarong sebagaimana yang dipakai oleh orang-orang Melayu.
Oleh itu, adalah menarik bahawa kehidupan orang Baba dan pandangan mereka masih bersifat kecinaan, walaupun mereka telah lama terpisah daripada komuniti mereka di China. Ini digambarkan melalui aspek-aspek kebudayaan yang lain seperti sistem kekeluargaan dan agama yang mereka masih kekal, kecuali tocang yang dianggap sebagai lambang pengabdian kepada kerajaan Manchu, serta tradisi mengikat kaki kaum wanita yang dianggap sebagai adat yang tidak bertamadun. Malahan masyarakat Baba masih mengamalkan sebahagian resam budaya Cina yang sudah tidak dihiraukan lagi oleh masyarakat Cina Malaysia yang lain, seperti adat istiadat perkahwinan Cina tradisional yang memperlihat kedua-dua pengantin memakai pakaian-pakaian yang indah dan berwarna warni warisan budaya Cina tradisional. Rumah Baba juga dibina berdasarkan pelan-pelan tradisional Cina berbanding dengan Melayu.

Perkahwinan

Saudagar Cina di Melaka zaman silam gemar menmperisterikan atau mempergundikkan wanita Melayu dari Semenanjung Tanah Melayu atau Sumatera.[4] Hasilnya, suku Baba dan Nyonya memperlihatkan campuran budaya Cina dan Melayu yang bersinergi.[5][6]
Catatan dari abad ke-19 dan awal abad ke-20 menyatakan bahawa lelaki Baba lazimnya mengahwini wanita dalam masyarakat Peranakan setempat. Ada kalanya, keluarga Peranakan membawa masuk pengantin dari China atau menghantar anak perempuan ke China untuk mencari suami.
Orang Peranakan biasanya berkahwin dengan pasangan setempat yang sama darjatnya. Lelaki kaya paling menggemari chin choay atau perkahwinan matrilokal iaitu si suami menyertai keluarga isteri.[7]
Lamaran memerlukan buah tangan pinangan, iaitu bakul berkilau dua tingkat, yang dibawa oleh pengantara yang mewakili pelamar kepada ibu bapa pengantin idaman. Kebanyakan suku Peranakan tidak beragama Islam, sebaliknya memelihara adat penyembahan nenek moyang dari kaum Cina, tetapi ada yang memeluk agama Kristian.
Majlis perkahwinan Peranakan yang banyak mengetengahkan tradisi Cina merupakan antara perkahwinan tradisi yang paling berwarna-warni di Malaysia dan Singapura. Majlis diserikan dengan lagu berima spontan dondang sayang yang dinyanyi dalam bahasa Melayu dan ditari oleh para hadirin di jamuan. Pendondang bergilir-gilir menyambungkan lagu bertema asmara sambil menari berpusing-pusing dengan perlahannya. Dondang sayang memerlukan kemahiran berjenaka dan bertikam balas, siapa yang bijak berdondang maka dialah yang meraih gelak ketawa dan tepukan tangan ramai-ramai. Pelat loghat dan cara berbahasa Baba dan Nyonya serta kepandaian menyerikan lagi persembahan.

Pakaian

Pakaian Nyonya serupa dengan pakaian tradisi Melayu, iaitu terdiri daripada baju kebaya (baju panjang dan batik sarung) dan kerongsang.
Kasut manek ialah alas kaki buatan tangan yang memerlukan kemahiran dan kesabaran tinggi untuk menghasilkannya dari jalinan manik kaca bersegi-segi halus yang dijahit pada kain terpal. Pada mulanya, manik-manik yang diperlukan untuk menghiasi kasut manek berasal dari Eropah, tetapi lama-kelamaan banyak diperoleh dariJepun.
Rekaan kasut manek tradisional sering memperlihatkan motif bunga Eropah dan warnanya dipengaruhi oleh tembikar Peranakan dan sarung batik. Mulai 1930-an, kasut manek menjalani perubahan dengan diberi rekaan moden dan ditambah tumit.
Suku Peranakan di Indonesia ada baju kebaya tersendiri, terutamanya 'kebaya encim', serta mengemmbangkan corak batik tersebdiri yang bermotifkan Cina.

0 comments:

Post a Comment