Kecemerlangan Malaysia dalam Bidang Sukan

Tuesday, May 3, 2011

Kecemerlangan Malaysia dalam Bidang Sukan

Datuk Lee Chong Wei

Datuk Lee Chong Wei sememangnya merupakan suatu ikon kejayaan Malaysia, terutamanya pada masa kini. Bakat beliau yang begitu mengasyikkan telah menjadi perintis kepada bidang kesukanan Malaysia, khususnya dalam sukan badminton. Kini, beliau digelar “Pemain Badminton No. 1 di Dunia” dan ini sesungguhnya telah menaikkan imej negara di persada dunia.

Anak jati Malaysia ini telah dilahirkan di Georgetown, Pulau Pinang dan pada hari ini menetap di Bukit Mertajam. Walaupun beliau pada zaman mudanya amat menggemari permainan bola keranjang, beliau mula membenam minatnya dalam badminton sewaktu berusia 11 tahun. Pada masa itulah, beliau dibawa ke gelanggang badminton oleh ayahnya yang merupakan peminat permainan ini. Bakatnya terserlah walaupun masih muda dan hal ini telah menarik perhatian seorang jurulatih tempatan yang sanggup melatihnya. Beberapa tahun kemudian, Lee Chong Wei yang berusia 17 tahun didaftarkan ke dalam pasukan badminton Malaysia oleh Misbun Sidek.

Sejak hari itu, kerjaya beliau telah berkembang dan kejayaan pertama beliau adalah dalam pertandingan Malaysia Open pada tahun 2003, walaupun beliau dikalahkan oleh Chen Hong dari China. Tidak lama kemudian, pada tahun 2004 beliau mendapat peluang bermain dalam Sukan Olimpik untuk mengharumkan nama negara. Walaupun dikalahkan oleh Chen Hong sekali lagi, kegigihannya akhirnya berbalas jua apabila beliau berjaya merangkul dua pingat emas dalam Sukan Komanwel pada tahun 2006. Pada tahun 2010, beliau berjaya mendapat anugerah individu dalam pertandingan All England Super Series. Nama dan reputasinya dalam bidang kesukanan Malaysia terus meningkat dan kejayaan beliau dalam sukan ini telah menjadi kebanggaan Malaysia.
Pendek kata, Malaysia dikurniakan dengan seorang yang berbakat dalam bidang kesukanan badminton dan Datuk Lee Chong Wei akan terus menjadi simbol kegigihan dan usaha berdaya maju bagi generasi baru Malaysia untuk mengejar impian dan cita-cita. Sememangnya kita semua harus menjadikan beliau sebagai teladan dalam berusaha mencapai kejayaan untuk tanah air yang tercinta.



Lee Chong Wei berjaya mematahkan serangan pihak lawan dengan tangkas.
KERJAYA DAN PENCAPAIAN:
2002–2007

Lee menghampiri gelaran juara pertamanya dalam sesebuah kejohanan utama pada tahun 2003, apabila beliau layak ke pusingan akhir sulungnya di Terbuka Malaysia 2003, sebelum tumpas di tangan Chen Hong dari China. Pada tahun 2004, Lee berjaya memburu dua kejuaraan terawalnya di Terbuka Malaysia dan Terbuka China Taipei. Lee menyertai pasukan kebangsaan ke Sukan Olimpik 2004 di Athens. Dalam sukan Olimpik pertamanya, Lee mengetepikan Ng Wei dari Hong Kong di pusingan pertama sebelum ditumpaskan lagi oleh Chen Hong di pusingan kedua. Apapun, Lee masih terdaya merangkul dua lagi kejuaraan pada tahun 2005, iaitu di Terbuka Malaysia dan Terbuka Denmark, di samping menggondol pingat gangsa dalam aksi Kejohanan Dunia pertamanya setelah kalah di pusingan separuh akhir kepada Taufik Hidayat yang kemudian menjuarai kejohanan tersebut.
Lee kemudian merangkul tiga kejuaraan dari enam pusingan akhirnya pada tahun 2006. Beliau menjuarai Terbuk Switzerland, Kejohanan Badminton Asia dan (untuk kali ketiga) Terbuka Malaysia, di samping juga mencapai peringkat akhir Terbuka Cina Taipei, Terbuka Macau dan Terbuka Hong Kong. Lee membantu skuad Malaysia menggondol dua butir pingat emas di acara badminton perseorangan lelaki dan pasukan campuran di temasya Sukan Komanwel 2006 di Melbourne pada bulan Mac. Lee mencapai kedudukan teratas sebanyak dua kali di ranking dunia Persekutuan Badminton Dunia pada tahun 2006, lalu menyertai Kejohanan Dunia sebagai pemain pilihan pertama tetapi dikejutkan oleh Bao Chunlai dari China di pusingan suku akhir dalam perlawanan yang dicemari oleh dua line call berkontroversi yang tidak menyebelahi Lee.


Pada 3 November 2006, Lee terlibat dalam kemalangan jalan raya dalam perjalanan ke Bukit Jalil selepas bermakan malam, apabila kereta beliau dilanggar di belakang oleh sebuah kenderaan yang hilanga kawalan akibat tayar bocor. Beliau dihantar ke Sunway Medical Centre untuk dirawat dengan enam jahitan pada kecederaan kepalanya.

Musim 2007 menyaksikan Lee gagal memasuki pusingan akhir buat kali pertama dalam Terbuka Malaysia sejak lima tahun, bahkan juga tersingkir awal dalam lima pertandingan selepas itu sebelum melambung kembali untuk merampas kejohanan Terbuka Indonesia, iaitu gelaran pertamanya sejak Terbuka Malaysia 2006 setelah berpisah dari Li Mao untuk bersatu semula dengan jurulatih Misbun Sidek. Prestasinya di separuh kedua tahun itu cemerlang sekali, apabila merangkul tiga gelaran di Terbuka Filipina, Terbuka Jepun dan Terbuka Perancis. Beliau juga mencapai pusingan akhir Terbuka China dan Terbuka Hong Kong walaupun terjejas oleh kecederaan lututnya. Lee memenangi semua perlawanan yang melibatkannya dalam Piala Sudirman pada bulan Jun, walaupun pasukan Malaysia hanya mencapai tempat ke-5 keseluruhan dalam pertandingan. Detik paling pahit yang dialami oleh Lee adalah di Kejohanan Dunia, sungguhpun diadakan di Malaysia dan prestasi yang membanggakan sepanjang separuh kedua tahun itu, beliau kalah mengejut kepada Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia, sehingga beliau menyela ketua jurulatih Yap Kim Hock sebalik sahaja menerima kekalahan dengan alasan bahawa Yap terlalu memberi tekanan dalam persediaannya untuk menghadapi kejohanan.
2008: Olimpik
Lee Chong Wei di separuh akhir badminton Sukan Olimpik 2008 di Beijing

Lee memulakan tahun 2008 dengan jayanya, dengan merangkul kejuaraan keempat dari Terbuka Malaysia dalam masa lima tahun. Diikuti Terbuka Singapura, Terbuka Korea (perlawanan terakhir sebelum sukan Olimpik), Terbuka All England, Terbuka Switzerland, Kejohanan Badminton Asia, dan juga Piala Thomas di Jakarta, Indonesia, di mana Lee membawa pasukan Malaysia ke separuh akhir apabila beliau menumpaskan Lin Dan untuk memastikan Malaysia mendahului 1–0 ketika melawan jaura bertahan dari China. Namun demikian, Malaysia akhirnya kalah 2–3 kerana tumpasnya beregu pertamanya dalam perlawanan terakhir.

Di Sukan Olimpik 2008, Lee dikecualikan dari pusingan pertama, kemudian senang mengetepikan cabaran Ronald Susilo di pusingan kedua, KÄ™stutis Navickas di pusingan ketiga, dan Sony Dwi Kuncoro di pusingan suku akhir, sebelum bertungkus-lumus mengatasi saingan hebat Lee Hyun-il dari Korea Selatan sebelum dapat mara ke pusingan akhir. Bagaimanapun, Lee mudah dikalahkan oleh Lin Dan dengan mata 12–21, 8–21. Lee menerima ganjaran RM 300,000 pada 21 Ogos 2008, kerana menggondol pingat perak di Sukan Olimpik, di samping juga RM 3,000 sebulan sebagai pencen seumur hidup mulai Ogos 2008. Untuk pencapaian yang sama, beliau dikurniakan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN), yang membawa gelaran Datuk oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas pada 30 Ogos 2008.


Lee mengakhiri kejohanan Super Series terakhirnya pada tahun 2008 di Terbuka Hong Kong dengan menarik diri akibat kecederaan lutut, sekaligus membuka peluang kepada Marc Zwiebler dari Jerman.Penarikan diri ini menyebabkan pihak media China mengejeknya sebagai "pemain nombor satu dunia yang terlemah",di samping juga berspekulasi bahawa terdapat tiga faktor yang menjejaskan prestasi Lee sejak Sukan Olimpik, iaitu tekanan pusingan akhir Olimpik, kegerunan akan Lin Dan kerana tewas mudah di tangan Lin, dan tekanan yang dihadapi sebagai nombor satu dunia (seperti yang digemakan oleh Misbun Sidek).


Sungguhpun keperitan bermain di peringkat antarabangsa, beliau menempah kemenangan ketujuhnya di pusingan akhir Grand Prix Bandminton Kebangsaan di Kedah pada 12 Disember 2008, sekaligus memecah sasaran enam kejuaraan berturut-turut yang ditetapkan oleh Misbun Sidek.[38] Lee akhirnya merangkul gelaran juara di Super Series Masters Finals, itupun tanpa cabaran dari Lin Dan dan pemain handalan China yang lain gara-gara dibelenggui kecederaan dan keletihan.
2009

Lee melancarkan musim 2009 season dengan kejuaraan Terbuka Malaysia yang kelima, tetapi gagal merangkul kejuaraan di Terbuka Korea dan Terbuka All England walaupun mara ke pusingan akhir. Namun begitu, beliau memenangi gelaran kedua tahun itu di Terbuka Swiss dengan menumpaskan Lin Dan dalam straight set, sekaligus menandakan kali pertama menumpaskan pemain handalan China itu di pusingan akhir di luar negara asalnya. Kemudian, Lee dikejutkan oleh Chen Long dari China di Terbuka India. Beliau mendakwa kekalahannya akibat keracunan makanan dan menggesa pihak berwajib agar memperbaiki keadaan menjelang Kejohanan Dunia. Pada bulan Mei, Lee membantu Malaysia mencapai pusingan separuh akhir pertama mereka sepanjang sejarah Piala Sudirman, walaupun rekod tanpa kalah dalam kejohanan itu akhirnya dipecahkan oleh Lin Dan. Apapun, beliau merangkul kejuaraan lagi di Terbuka Indonesia, dan Terbuka Malaysia Grand Prix Gold, biarpun gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Singapura kerana dikejutkan oleh Nguyen Tien Minh di pusingan kedua.


Pada 6 Jun 2009, Lee dikurniakan gelaran Darjah Bakti (DB) dari YDPA Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena hari keputeraan rasmi baginda atas pencapaiannya di Sukan Olimpik 2008. Beliau pernah dilaporkan menjalin hubungan dengan rakan sepasukannya Wong Mew Choo, sehingga mereka berdua mengumumkan tamatnya hubungan mereka pada bulan September.


Pada bulan Ogos, Lee Chong Wei menyertai Kejohanan Dunia di Hyderabad, India dengan cita-cita merangkul kejuaraannya tetapi dihampakan oleh Sony Dwi Kuncoro di suku akhir. Setelah berehat selama sebulan, Lee bertanding di China Masters di mana beliau tewas kepada Lin Dan di suku akhir  diikuti kekalahan awal di pusingan kedua Terbuka Jepun di tangan Simon Santoso. Kecederaan yang dialami pada lututnya ketika itu menyebabkan Lee kurang beraksi sedikit sepanjang saki-baki tahun 2009. Setelah menjauhi Terbuka Denmark dan Terbuka Perancis, Lee kembali ke arena dengan menjuarai Terbuka Hong Kong pada 15 November tetapi selepas itu kecundang di pusingan pertama Terbuka China tiga hari kemudian. Di World Super Series Masters Finals yang diadakan di Johor Bahru pada 3–6 Disember, Lee Chong Wei mengharumkan lagi nama Malaysia dengan mempertahankan kejuaraan perseorangan lelaki, diikuti kejayaan Wong Mew Choo menjuarai perseorangan wanita. Walau bagaimanapun, Chong Wei terpaksa melepaskan peluang beraksi di Sukan SEA yang diadakan seminggu kemudian di Vientiane atas arahan jurulatih demi menyembuhkan
2010

Datuk Lee Chong Wei memulakan tahun 2010 dengan ampuh, dengan merangkul kejuaraan Terbuka Korea dan Terbuka Malaysia (yang keenam) berturut-turut. Ini juga kali pertama Lee memenangi dua kejohanan Super Series berturut-turut. Pada 14 Mac, pada percubaan ketujuh menjuarai Kejohanan All-England sepanjang kerjayanya, Lee akhirnya berjaya merangkul gelaran juara perseorangan lelaki di perlawanan berprestij itu di Birmingham, dengan menangkis saingan Kenichi Tago dari Jepun di perlawanan akhir dengan markah 21–19, 21–19.


Lee menyertai Piala Thomas di tanah air sendiri. Beliau berjaya menumpaskan Kenichi Tago untuk menggondol mata pertama, namun pasukan Malaysia kalah 2–3 kepada Jepun. Di separuh akhir, beliau menewaskan Peter Gade, sekaligus membantu pasukannya mendapat tempat dalam separuh akhir. Di separuh akhir melawan China, Lee ditewaskan oleh Lin Dan, sekaligus mengakhiri rekod 18 perlawanan tanpa kalah sejak awal tahun ini.
Pada bulan Jun, Lee mengambil bahagian dalam Terbuka Singapura tetapi tersungkur di suku akhir.[69] Namun demikian, Lee bangkit dengan menjuarai Terbuka Indonesia, Terbuka Malaysia Grand Prix Emas pada bulan Julai,[71] dan Terbuka Macau pada bulan Ogos. Pada akhir bulan Ogos, Lee mencuba nasib lagi dalam Kejohanan Dunia, tetapi tewas mengejut di tangan Taufik Hidayat di peringkat suku akhir. Misbun Sidek mengaku bahawa kekalahannya adalah disebabkan kecederaan belakang yang dialaminya selepas pusingan ketiga. Pada 26 September, Lee menewaskan musuh ketatnya, Lin Dan di Terbuka Jepun.


Pada bulan Oktober, Lee membantu pasukan Malaysia menewaskan India untuk mempertahankan pingat emas dalam acara pasukan bercampur Sukan Komanwel 2010, kemudian berjaya mempertahankan pingat emasnya sekali lagi dalam acara perseorangan. Sebulan kemudian, beliau menggondol pingat perak di Sukan Asia. Biarpun dapat menumpaskan Juara Dunia Chen Jin di separuh akhir, Lee sekali lagi merasai kekalahan di tangan musuh ketatnya, Lin Dan, di pusingan akhir. Pada akhir tahun, Lee menggondol gelaran Terbuka Hong Kong yang kedua berturut-turut.
  • 2006: Juara perseorangan Kejohanan Badminton Asia (ABC); juara perseorangan lelaki dan acara berpasukan campuran Sukan Komanwel; Juara Terbuka Switzerland
  • 2005: Juara perseorangan Terbuka Denmark; Juara perseorangan Terbuka Malaysia; Separuh akhir Kejohahan Badminton Dunia di Anaheim
  • 2004: Juara Terbuka Malaysia; Juara Terbuka Taiwan; Naib Juara Terbuka Singapura; Suku Akhir Terbuka Indonesia; Suku Akhir Terbuka Korea; Suku Akhir Terbuka Thailand; Pusingan Awal Olimpik Athens; Pusingan Awal Terbuka China; Pusingan Awal Kejuaraan Asia; Pusingan Awal Terbuka Jepun; Perlawanan Akhir Piala Thomas
  • 2003: Juara Satelit Luster Malaysia; Pusingan ketiga Terbuka China, Naib juara Satelit India; Suku akhir Terbuka Denmark, Separuh akhir Terbuka Belanda; Naib juara Terbuka Malaysia; Pusingan ketiga Terbuka Indonesia; Pusingan kedua Terbuka Singapura
  • Juara Komanwel 1998
  • Menduduki ranking nombor satu dunia selepas mengetepikan Lin Dan pada 24 Ogos 2008.


Anugerah:
  • Olahragawan Kebangsaan 2005
  • Menerima gelaran Datuk (Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) dari Yang di-Pertua Negri Tun Abdul Rahman Abbas pada 30 Ogos 2008 selepas berjaya merangkul pingat perak pada Sukan Sea Beijing 2008.
  • Pemain badminton nombor satu dunia selepas menewaskan Lin Dan.
  • Memenangi emas pada Kejohanan  Siri Super Terbuka Korea Selatan 2010.
  • Memenangi emas enam kali berturut-turut pada Kejohanan Terbuka Malaysia bermula 2005.

2011
Memenangi Final Single Malaysia Open (MO) 2011 Super Series antara Lee Chong Wei dan Taufik Hidayat. Ini merupakan kejayaan kali ketujuh beliau untuk kejohanan ini.




Datuk Nicol Ann David


Datuk Nicol Ann David merupakan pemain skuasy professional Malaysia. Beliau telah mengukir nama untuk Malaysia di arena skuasy dunia, sekurang-kurangnya dalam kategori wanita. Kini, beliau dikenali sebagai pemain skuasy wanita No. 1 di Malaysia dan merupakan orang Asia pertama untuk mendapat gelaran tersebut. Beliau turut merupakan kebangaan Malaysia dalam bidang kesukanan.

Nicol merupakan cahaya mata jurutera tempatan berbangsa India, Desmond David dan seorang guru berbangsa Cina yang telah bersara, Ann Marie David. Beliau mempunyai dua orang adik-beradik, Lianne dan Cheryl yang juga merupakan pemain skuasy peringkat negara. Sebagai seorang kanak-kanak, Nicol seorang pelajar yang cerdik dan Matematik merupakan matapelajaran terbaiknya. Malah, dalam peperiksaan PMRnya, Nicol berjaya mencapai keputusan 7A dan ini membawanya satu langkah ke hadapan untuk mengecapi cita-cita menjadi jurutera seperti ayahnya.

Sejak beliau mula berkecimpung dalam sukan skuasy, beliau telah banyak mencapai kejayaan dan antaranya ialah kemenangannya dalam pertandingan World Junior Squash Championship dalam kategori wanita pada tahun 1999. Pertandingan tersebut berlangsung di Antwerp, Belgium dan beliau telah menjadi wanita termuda, pada usia 15 tahun, untuk memenangi pertandingan tersebut. Malah, beliau telah mengalahkan tiga pemain yang tersenarai dalam 20 pemain skuasy terhandal dunia dalam pertandingan tersebut. Hal ini telah membanggakan tanah air dan kejayaannya tidak berhenti di situ apabila Nicol, pada usia 21 tahun, menjadi pemain skuasy termuda untuk memenangi pertandingan World Open di Jerman. Tidak lama kemudian, beliau menjadi pemain skuasy tempatan pertama untuk memenangi pertandingan Women’s CIMB Malaysian Open Squash Championship yang tidak pernah berlaku sejak 31 tahun pertandingan ini diadakan. Kejayaan terbarunya diukir semasa Datuk Nicol Ann David, pada tahun 2010, memenangi Kuala Lumpur Open untuk kali ke-enam sejak tahun 2000.

Sesungguhnya Datuk Nicol Ann David merupakan symbol kecemerlangan Malaysia dalam sukan skuasy dan kita sebagai generasi muda Malaysia harus mengambil iktibar dan meneladani tokoh Malaysia ini. Beliau telah banyak memberi sumbangan kepada negara ini dan menaikkan nama Malaysia dalam bidang kesukanan sedunia

Azizul Hasni Awang


DATA
  NAMA: Azizul Hasni Awang
  TARIKH LAHIR: 5 Januari 1988
  ASAL: Dungun, Terengganu
  ADIK BERADIK: Anak ketujuh daripada lapan adik beradik
  PENDIDIKAN: Tingkatan 5 Aliran Sains, Sekolah Sukan Bukit Jalil
  ACARA: Trek dan lebuh raya




 IBARAT mendapat berkat apabila basikal yang dibeli hasil simpanan duit raya membawa tuah buat Azizul Hasni Awang kerana dengan basikal itu dia berjaya meraih pelbagai kemenangan ketika mula-mula menyertai lumba basikal. Malah basikal yang dibeli dengan harga RM500 itu bukannya basikal baru sebaliknya basikal terpakai dan pernah digunakan oleh seorang bekas pelumba.

“Masa mula-mula menyertai acara berbasikal saya sekadar menggunakan basikal bukit biasa yang saya gunakan untuk ke sekolah dan basikal itu juga pemberian bapa kerana saya mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

“Bagaimanapun kerana mahu meneruskan minat dalam perlumbaan saya membeli basikal terpakai daripada seorang kawan dengan mengeluarkan duit raya yang saya simpan.
“Dengan basikal itu saya menyertai kejohanan basikal bukit dan turut mengeluarkan wang poket sendiri RM50 setiap kali menyertai kejohanan dan berjaya mendapat kemenangan pada setiap perlumbaan,” kata remaja kelahiran Dungun Terengganu itu.
Bagi memastikan bakatnya dikembangkan, jurulatihnya, Rozimi Omar membawa Azizul ke Kuala Lumpur untuk mencuba acara trek pada tahun lalu. Dalam aksi pertama kalinya di veledrom, dia berjaya mendapat tempat kedua.
Pencapaian cemerlangnya itu sekali gus menarik perhatian jurulatih Russia Nicole Kletsevof untuk diserapkan dalam skuad remaja kebangsaan.

Di bawah bimbingan Kletsevof Azizul menyerlah di peringkat antarabangsa dan kerana usaha yang begitu bersungguh membolehkan diberi anugerah khas semangat juang ketika menyertai Tour De Korea Junior beberapa bulan lalu.

“Saya menjadikan Josiah Ng sebagai idola dan menyimpan hasrat menjadi seorang pelumba yang lebih baik daripada dia pada masa akan datang,” kata pelumba berusia 17 tahun itu.





 PENCAPAIAN

         Juara Acara Keirin dan 200m Pecut di Kejohanan Trek Asia Di Jepun ( 2008 )
         Pemegang Rekod Asia Acara Pecut ( 10.16s ) yang dibuat di Kejohanan Trek Sedunia di Manchester, England
         Anugerah Khas 'Semangat Juang' dan tempat kedua acara berpasukan – Tour de Korea Junior
         Emas – Kejohanan Sport Excel sirkit Cheras
         Emas – Sirkit Lebuh raya Melaka
         Emas dan Perak – Kejohanan Sport Excel sirkit Kangar 2004
         Emas dan Gangsa - Kejohanan Trek Remaja Asia Pasifik di Shanghai
         Gangsa Kejohanan Komanwel Remaja di Australia
ANUGERAH
Anugerah Bintang Sukan TV3

 

Roslinda Samsu

Roslinda Samsu (Lompat bergalah)
"Lompat bergalah memang bukan mudah. Ia memerlukan keberanian kerana kita perlu pandai mengawal larian, lompatan, pergerakan badan dengan menggunakan galah dan yang paling penting, tak takut gayat."
Itu saranan jaguh bergalah wanita ini kepada mereka yang ingin menceburi bidang yang dianggap baru di kalangan ahli sukan kaum hawa.
Memang Roslinda memang layak berkata-kata begitu kerana beliau juga `kosong’ pada asalnya tetapi berkat kerajinan berlatih, beliau kini menjadi jaguh dalam acara itu.
Dilahirkan pada 9 Jun 1982, gadis berasal dari Kuala Nerang, Kedah ini sebenarnya memulakan kerjaya atlitnya sebagai pelari pecut 100 meter. Beliau menyertai sukan lompat bergalah ketika menuntut di tingkatan empat Sekolah Sultan Abdul Aziz Shah (Saas) selepas berpindah dari Jitra walaupun pernah disarankan seorang jurulatih Russia ketika menuntut di tingkatan dua Sekolah Menengah Tunku Anum, Jitra.
Nyata, penghijrahan itu membuahkan hasil apabila Roslinda mencipta kejayaan demi kejayaan baik di arena tempatan mahupun antarabangsa. Penuntut jurusan Pentadbiran Perniagaan Universtiti Putra Malaysia (UPM) ini acap kali mencipta rekod kebangsaan.






 Pencapaian:
  • 2006: Menduduki tempat ke-88 atlit terbaik dunia Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) dalam acara lompat bergalah.
    Pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 4.20m yang dicipta di Kejohanan Olahraga Torent Grand Premio, Sepanyol
  • 2005: Pemenang pingat emas lompat bergalah wanita Sukan Sea Manila sekali gus memecah rekod Sukan Sea; pemenang pingat gangsa pada Kejohanan Olahraga Asia (ATF) di Incheon, September dengan ketinggian 4.10 meter.
  • 2000-2003: Memenangi pingat emas di Kejohanan Olahraga Kebangsaan
  • 2001: Perak di Sukan Sea dan Kejohanan Olahraga Remaja Asia 2001

Durratun Nasihin Rosli


Kecil molek tetapi berapi! Itu gambaran paling tepat buat calon Anugerah Belia Remaja i-Kon 2006 ini. Walaupun kecil molek, kehebatannya di pentas gimrama tidak boleh dipersoalkan lagi.
Kejayaan demi kejayaan di persada antarabangsa dan terbaru, ratu gimnas negara ini, Durratun Nashihin Rosli. Memang sesuai
Memang sesuai dengan namanya yang bermaksud `Mutiara bijak pandai', mutiara ini terus bergemerlapan apabila meraih kejayaan paling manis tatkala menyumbangkan empat pingat perak di Sukan Komanwel 2006, sekali gus menjadikannya penyumbang pingat paling banyak pada kejohanan itu.
Kejayaan itu membuka mata banyak pihak dan sememangnya benar ungkapan tiada yang mustahil. Segalanya mungkin terjadi jika diiringi dengan usaha kental serta semangat yang jitu dan ia dibuktikan gadis berusia 18 tahun ini.
Dilahirkan pada 17 November 1988, gadis pemanis dari Selayang, Kuala Lumpur ini, terkenal dengan sifat pemalunya. Namun, di sebalik sifat pemalu itu, aksi anak didik Marina Axenenko dari Russia ini tidak pernah menghampakan malah berupaya mengekalkan tahap konsistens dalam setiap kejohanan yang disertainya.
Nama Durratun Nasihin Rosli mula meniti di bibir pemerhati, penggiat serta peminat sukan negara apabila berjaya menghadiahkan empat pingat emas, satu perak dan satu gangsa di temasya Sukan Sea Vietnam 2003.
Minatnya dalam sukan gimrama mula mekar ketika menuntut di tahun satu Sekolah Rendah Convent Bukit Nanas 1. Durratun seterusnya didedahkan dalam beberapa kejohanan tempatan sebelum dibawa ke peringkat antarabangsa apabila terpilih menyertai Piala Snow di Jepun dan memenangi tempat kedua walaupun baru setahun jagung bergelumang dalam sukan berkenaan. Bercita-cita untuk menjadi pakar fisioterapi, Durratun gemar menghabiskan masa duduk di rumah dan membaca novel apabila ada kelapangan.
Pencapaian:
  • 2002: Juara Individu Keseluruhan Pesta Gimnastik Antarabangsa; Juara Individu Keseluruhan Kejohanan Gimnastik Berirama North Harbour; Juara individu rutin gelung Kejohanan Antara Bandaraya Piala Datuk Bandar, Korea Selatan
  • 2003: Memenangi empat emas pada Sukan Sea Vietnam; dua emas pada Kejohanan Gimnastik Antara Bandaraya
  • 2005: Memenangi satu emas dan satu perak pada Sukan Sea Manila; mendapat tempat ke-34 daripada 82 gimnas dalam Kejohanan Gimrama Corbeil Essones di Perancis
  • 2006: Memenangi empat perak pada Sukan Komanwel 2006
Anugerah:
  • Puteri Sukan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia 2002
  • Gimnas Gimnastik Berirama Terbaik 2002
  • Puteri Sukan MSSM/MILO 2002
  • Olahragawati Kuala Lumpur 2003
  • Gimnas Gimnastik Berirama Terbaik 2003
  • Calon Anugerah Olahragawati Negara 2003
  • Juara-Juara MSSM Kuala Lumpur 2004
  • Olahragawati Elit SSBJ 2004


Durratun mempertaruhkan pingat emas dalam setiap perlawanan.




Kecemerlangan Sukan Merintis Kegemilangan

Malaysia Cipta Rekod Lima Kali Memenangi Piala Thomas… Kali pertama pada 1949 dan terakhir pada 1992


Skuasy Terbukti… Telah meletakkan nama Malaysia harum di puncak dunia khususnya melalui kejayaan Dato’ Nicol Ann David.


Nurul Huda Antara Lima Perenang Terbaik Dunia… Mula bertanding di Sukan SEA 1985 di Bangkok dan memenangi 13 pingat emas ketika berusia 13 tahun.


Koo Kien Keat & Tan Boon Heong…Dengan enam kejuaraan yang diraih termasuk kejohanan berprestij All England, pasangan muda ini adalah fenomena baru badminton Negara.


Skuad Boling Negara…Merangkul banyak pingat emas dalam kejohanan sukan yang dipertandingkan.



“Kecil-kecil Cili Api” …Bryan Nickson Lomas membuktikan potensi yang ada padanya dalam sukan akuatik dengan memenangi pingat emas acara 3 meter papan anjal pada kejohanan Remaja Dunia di Belem, Brazil.


Qabil Ambak Jaguh Ekuestrian Negara Pelumba Ranking di Asia Tenggara…Muncul sebagai pelumba ranking terbaik Asia Tenggara acara jumping pada Kejohanan Kuda Antarabangsa Grand Prix Kuala Lumpur di Stadium Putra Bukit Jalil.


68 Pingat Emas…Kejayaan Kontinjen Negara dalam Sukan SEA Korat merupakan pencapaian tertinggi yang pernah dicapai oleh pasukan atlit Negara.


SUKOM 98…Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998 (SUKOM) adalah temasya yang berjaya, lancer dan paling berjaya yang pernah dianjurkan.


Kejohanan Le Tour D’ Langkawi(LTdl)…Edisi Pertama telah diadakan pada 1996. Kini, LTdl menjadi perlumbaan berprestij dan besar di luar Eropah sehingga badan induk antarabangsa, Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) memberi penghargaan tertinggi- Anugerah Merit UCI kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad yang telah membawa dan memperkenalkan Kejohanan Le Tour de Langkawin pada mata dunia.

kecemerlangan dalam bidang sukan olimpik
MELBOURNE 1956Pasukan hoki pertama kali menyertai sukan Olimpik serta atlet olahraga, renang, angkat berat dan menembak. Pasukan hoki negara beraksi cemerlang pada peringkat kelayakan, tewas sekali tetapi hanya menamatkan kejohanan di tempat kesembilan dari 12 pasukan.

TOKYO 1964 Datuk Dr. M. Jegathesan menjadi atlet Malaysia yang pertama layak ke pusingan separuh akhir acara 200 meter. Dalam saringan kelima di pusingan pertama, dia mencatat masa 20.92 saat dan masih merupakan rekod Malaysia sehingga kini.

MUNICH 1972Buat pertama kali dalam sejarah pasukan bola sepak Malaysia yang dibarisi oleh M. Chandran, Soh Chin Aun, Wong Kam Fook, Shaharuddin Abdullah, Wong Choon Wah, Namat Abdullah, Lim Fung Kee, Ali Bakar, pasukan bola sepak kebangsaan layak ke Sukan Olimpik buat kali kedua di Moscow 1980, tetapi tidak mengambil bahagian kerana Malaysia memulau sukan tersebut.

BARCELONA 1992Adik-beradik Sidek, Razif dan Jalani mencipta sejarah menjadi pemenang pingat Olimpik pertama selepas memenangi pingat gangsa. ATLANTA 1996Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock memastikan pingat gangsa untuk negara selepas mara ke perlawanan separuh akhir acara badminton.

SYDNEY 2000Lee Wan Yuen menjadi atlet taekwondo pertama negara layak di sukan Olimpik apabila ia pertama kali diperkenalkan di Sydney tetapi tewas kepada atlet Perancis, Myriam Baverel 4-8 di pusingan pertama kategori 67 kilogram wanita.

ATHENS 2004Lim Keng Liat menjadi perenang pertama negara mara ke peringkat separuh akhir dengan mencatat masa kelapan terpantas 55.22 saat dalam acara kuak lentang lelaki. Pelumba basikal acara trek Josiah Ng turut layak ke akhir tetapi menduduki tempat kelima.

2 comments:

chooishawn said...

Baca temu duga ini bersama-sama Durratun Nashihin Rosli www.rainbowinlife.com/exclusive-interview-with-durratun-nashihin-rosli

luckys said...

badminton racket under 1000

Post a Comment